Tuesday, April 28, 2009

BOHSIA jgn pilih jln hitam

Aku skg makin rajin gi tgk wayang..mgkn masa bercinta dlu jarang dpt kuar sama so skg la masanya huahahaha! Sabtu lepas aku gi la tgk filem bohsia ni, masa beratur nk beli tiket ni, da la 2 budak sekolah menengah ni depan aku. Diorg ni nak beli tiket utk 5 org, yg 3 lagi tu x beratur sama la tapi yg 3 org lagi tu aku tgk cam budak sekolah rendah je. Malang bagi budak 2 org tu x dapat nk beli tiket sbb duit dia x cukup. Tiket RM50 tp yang dia ada RM30 je. So x jadi la nk tengok. Aku terfikir dalam hati mana la dia dpt duit tu nk tgk wyg. Mesti dia kumpul2 dari duit belanja sekolah. Sampai sanggup tu semata2 nak tgk filem tu. Aku risau juga klu2 filem mcm ni lebih banyak memberi pengaruh buruk kepada remaja, khususnya budak2 sekolah yang baru nk berjinak2 dengan dunia remaja mereka. Mcm aku yang dh x remaja ni mmg aku bleh bezakan baik buruk yang nk disampaikan dlm filem tu. Tp yang mcm diorg ni mesti lebih nmpk keseronokan daripada pengajaran. Filem ni memang membuka mata kita kepada masalah sosial terutama golongan remaja dari keluarga yang bermasalah. Dihalau dari rumah, jadi mangsa rogol ayah sendiri, bersekedudukan, bertukar pasangan, merempit, tiada pekerjaan tetap, menghisap ganja, mangsa pelacuran, bergaduh dan terlalu banyak lagi sisi negatif yang cuba disampaikan menerusi filem ini. Terdapat juga bahasa2 tertentu yang diguna pakai oleh golongan bermasalah ini yang kadang2 kita juga x faham maksudnya. Kebanyakan penonton filem ini pun rata-rata dari kalangan remaja. Aku berharap apa yang cuba ditonjolkan oleh pengarah filem ini tidak disalah pandang oleh penonton remaja ini. Pengakhiran cerita ini juga sudah menunjukkan bahawa keseronokan yang dinikmati hanya bersifat sementara dan penghujungnya tidak ada sebarang kebaikan yang diperolehi oleh golongan yang digambarkan dalam cerita itu. Benji (mat rempit) dipukul hingga tggl nyawa2 ikan, syamsul ditangkap polis, nabila huda jadi mangsa rogol beramai2 dan amy membunuh ayahnya sendiri. Pikir la ek.

No comments:

Post a Comment

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam