Monday, October 25, 2010

TEMPAHAN KUIH SEPIT/KAPIT UNTUK HARI RAYA HAJI

MENERIMA TEMPAHAN BERMULA 25/10/2010 SEHINGGA 2/11/2010.

50 KEPING = RM11/50 KEPING (tiada advance)

100 KEPING = RM21/100 KEPING (advance RM10)

200 KEPING = RM 41/200 KEPING (advance RM20)

1) Semua tempahan hanya boleh dipungut bermula tarikh 8/11/2010.
2) Tarikh akhir pembatalan tempahan pada 2/11/2010 - wang pendahuluan dipulangkan.
3) Pembatalan tempahan selepas tarikh 2/11/2010 – wang pendahuluan tidak dipulangkan.

Sila hubungi saya jika berminat - 013-3589343 (Ana)

Thursday, October 07, 2010

PUDING LAPIS MUNCHY'S

Puding ini adalah yang terbaru aku cuba. Mula2 aku merasa puding ni dirumah Pakcik (duk di ground floor) flat aku tinggal. Masa tu kami djemput utk hadir ke kenduri doa selamat. Kesian Pakcik tu kene langgar dan kakinya disimen. Sekarang kaki dia dah semakin sembuh dan boleh berjalan. Semasa menjamu makan dirumah Pakcik, anaknya menghidangkan aku sepinggan puding ni. Masa tu cuma aku seorg saja tetamu perempuan. Sebab kami datang awal.hehe. Selepas makan nasi dengan aneka lauk pauk, aku pun mencuba la puding ni. Lepas satu, satu aku makan. Sampaikan aku malu la plak..hehe. Tapi aku teruskan juga makan dan makan. Mungkin anak Pakcik tu perasan yang aku malu2 kucing nak makan puding tu..Last2 dia bleh ckp kat aku " Makan je Kak, xyah malu2"..lagi malu la aku. Jadi utk men'cover' malu tu, aku pon puji la puding tu dan tanya siapa yang buat. Rupa2 anak Pakcik tu yang buat. Apalagi terus aku minta resepi.hehe. Sib baik la anak dia simpan resepi tu dalam handset. Lagi senang la x perlu nak tulis2 lagi. Peristiwa ini berlaku sebelum bulan puasa lagi. Semasa bulan puasa yang lepas aku telah mencubanya 2x dan menjadi dan sedap pada tekak aku..hehe.

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam