Tuesday, April 28, 2009

BOHSIA jgn pilih jln hitam

Aku skg makin rajin gi tgk wayang..mgkn masa bercinta dlu jarang dpt kuar sama so skg la masanya huahahaha! Sabtu lepas aku gi la tgk filem bohsia ni, masa beratur nk beli tiket ni, da la 2 budak sekolah menengah ni depan aku. Diorg ni nak beli tiket utk 5 org, yg 3 lagi tu x beratur sama la tapi yg 3 org lagi tu aku tgk cam budak sekolah rendah je. Malang bagi budak 2 org tu x dapat nk beli tiket sbb duit dia x cukup. Tiket RM50 tp yang dia ada RM30 je. So x jadi la nk tengok. Aku terfikir dalam hati mana la dia dpt duit tu nk tgk wyg. Mesti dia kumpul2 dari duit belanja sekolah. Sampai sanggup tu semata2 nak tgk filem tu. Aku risau juga klu2 filem mcm ni lebih banyak memberi pengaruh buruk kepada remaja, khususnya budak2 sekolah yang baru nk berjinak2 dengan dunia remaja mereka. Mcm aku yang dh x remaja ni mmg aku bleh bezakan baik buruk yang nk disampaikan dlm filem tu. Tp yang mcm diorg ni mesti lebih nmpk keseronokan daripada pengajaran. Filem ni memang membuka mata kita kepada masalah sosial terutama golongan remaja dari keluarga yang bermasalah. Dihalau dari rumah, jadi mangsa rogol ayah sendiri, bersekedudukan, bertukar pasangan, merempit, tiada pekerjaan tetap, menghisap ganja, mangsa pelacuran, bergaduh dan terlalu banyak lagi sisi negatif yang cuba disampaikan menerusi filem ini. Terdapat juga bahasa2 tertentu yang diguna pakai oleh golongan bermasalah ini yang kadang2 kita juga x faham maksudnya. Kebanyakan penonton filem ini pun rata-rata dari kalangan remaja. Aku berharap apa yang cuba ditonjolkan oleh pengarah filem ini tidak disalah pandang oleh penonton remaja ini. Pengakhiran cerita ini juga sudah menunjukkan bahawa keseronokan yang dinikmati hanya bersifat sementara dan penghujungnya tidak ada sebarang kebaikan yang diperolehi oleh golongan yang digambarkan dalam cerita itu. Benji (mat rempit) dipukul hingga tggl nyawa2 ikan, syamsul ditangkap polis, nabila huda jadi mangsa rogol beramai2 dan amy membunuh ayahnya sendiri. Pikir la ek.

Thursday, April 23, 2009

lu pk la sendiri!

Pada 2 mggu yg lepas, jiran aku (india) telah membeli seekor puppy. Cute sgt2 tp wlu cute macamana pun aku mmg xleh dekat dengan haiwan bernyawa ni. Sedangkan kucing dtg dekat pun aku lari inikan plak haiwan yg telah terang2 haram hukumnya disisi agama islam jika bersentuhan. Bila aku perasan dia membela puppy tu, aku mula rasa x selesa sbb umah dia betul2 depan lif org nak kuar masuk. So pagi2 nak pegi keje and balik dari keje mesti kene lalu depan umah dia ni.

Pada awalnya dia kurung puppy tu dalam stor tepi umah dia, tapi 2, 3 menjak ni dia biar je puppy tu berkeliaran. Pernah sekali tu aku ternampak puppy tu melepaskan hajat kat laluan orang nak lalu lalang. Itu masa dia perasan boleh la dia gi mop, tapi cuba waktu dia x nmpk, kita plak lalu lalang kat situ...Aku jadik betul2 x selesa dengan situasi skg. Bila aku adu kat abg aku, dia endah x endah je. Kat level aku duduk tu plak majoriti bukan org melayu, sbb tu diorg mcm x kisah aje. Geram jgk rasanya. Pagi tadi waktu aku menunggu lif, puppy tu tgh syok berlari2, best la dia bleh gi sana sini sbb x kena ikat. Aku ok lagi masa tu, tapi tiba2 plak dia berlari2 ke arah aku. Apalagi aku menjerit2 la kat situ. Abg aku kat sebelah boleh buat dono jek. Tengah aku terpekik tu, tuan puppy tu panggil2 puppy dia dengan nada marah la "po!po!", suh puppy tu pegi jgn kacau aku la. Tapi makin dekat plak si puppy tu datang. Bila tuan dia kejar baru la puppy tu blah masuk umah dia. Aku masa tu memang dh stanby nak lari je. Pasni klu aku nmpk je puppy tu berkeliaran lagi, aku rela turun ikut tangga daripada naik lif.

Aku sebenarnya kesal dengan sikap mereka yang x sensitif dengan jiran2 terutamanya bab halal haram ni. Sepatutnya mereka sedia maklum bahawa membela haiwan di atas bangunan kediaman bertingkat ini adalah dilarang sama sekali. Sekurang2nya mereka perlu meminta kebenaran terlebih dahulu daripada jiran2. Haiwan mcm kucing ke boleh la nk dipertimbangkan lagi. Aku x tau la sampai bila nak bersabar dengan jiran2 yang macam ni.

Monday, April 20, 2009

Jgn Tegur@'Be Silent'


Woo....permulaan cerita ni dh mengejutkan aku..jalan cerita agak simple tapi banyak scene yang boleh buat aku menutupkan mata. Ye la, aku yang beria2 nk menonton cerita tu, tapi aku la yang asyik menjerit terkejut. Abang aku relaks je, tersengih2 dia tengok aku yang x lepas tangan mencengkam lengan dia. Bagi yang belum tengok filem ini, anda dialu2kn menonton dipanggung wayang untuk menghabiskan wang anda. Aku tengok kat selayang cineplex so tiket murah je RM9. Tapi yang x bestnye, penonton yang duduk dibarisan hadapan aku. Oleh kerana mereka sekeluarga telah memenuhi barisan depan tu, so diorang buat la mcm kat umah sendiri. Anaknye asyik bertanya itu ini yang aku pun x paham ape dia (tamil), kena marah plak dengan mak dia juga aku x paham kenapa dia marah. Yang lelaki pula x reti2 nk tutup handset boleh plak sembang macam nk bagi semua orang dlm wayang tu tau, bini ke-2 dia telepon, juga dlm bahasa yang aku memang x paham (tamil). Dah la julia ziegler (xtau betul ke tak nama dia) tu ckp pelan sgt sbb baru ok dari koma. Ditambah dengan suara backup keluarga depan aku tu, sabor je la.Tapi aku respect gak la diorang tengok filem melayu ni, walhal orang melayu sendiri pun cam anti filem keluaran melayu ni. Apapun, selamat menonton dan semoga terhibur+terkejut...(Aku gi tengok pun sbb boring duk kat umah).

Friday, April 10, 2009

Barisan Kabinet Baru 2009

"SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"

PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak
TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) - muka baru
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen) - kekal
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi) - change
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) - muka baru
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim - kekal
3. Datuk S.K. Devamany - kekal
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak - kekal
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah - muka baru
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin -change
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat - kekal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok - change (sabah)
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - change
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:(combine)
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim - change
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR: (new)
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui - change
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal - change (sabah)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin - kekal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed - change
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili - kekal (sabah)
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas - kekal
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen - change
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar - change
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - change
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor - change
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai - kekal
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek - change
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam - kekal
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob - change
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha - muka baru
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil - menteri baru
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman - muka baru (sabah)
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - muka baru
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan

Tuesday, April 07, 2009

fnf4 movie

Last weekend, Mizi & I went to selayang capitol to watch fnf4. What I have to say it is "AMAZING" movie! So I suggest to all of u out there to spend your time to watch fnf4. My ofismate also watched this movie (pirated dvd). But I don't think u will having the same feeling of action & enjoyment as watching at cinema. Except if u have home theatre & wide big screen tv at home.

After watched fnf4 movie, my hubby asking me to call him "dom". Hahihi...I know he's been a fan of fnf4 since it 1st series, but I likes O'Conner more than dom. Conner more handsome than dom but dom is the most speed driver. And...dom body very tough. Which one to choose?

So friend, lets go to the cinema and spend your comments with me of fnf4 movie....

http://www.youtube.com/watch?v=737QmQl_eYo

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam