Tuesday, July 28, 2009

PENATNYE....

last week aku balik perak. Keluargaku telah berpindah ke kampung sebelah jadi banyak barang2 yang perlu diangkut. Aku & mizi sampai kg sabtu tengahari. Pukul 6 petang kami sekeluarga mak, abah, ikah, aku,mizi, wati & bf dia telah mula mengangkut barang2 yang besar dengan lori seperti almari, sofa, meja mkn, katil, kabinet, peti ais...etc. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki lori. Bergegar aku dgn mizi memegang barang2 dibelakang lori. Angin yang kuat membuatkan aku bergoyang2 dan nyaris kepala ku terkena ranting2 pokok. Semuanya selesai jam 11.00pm. Itupun masih banyak lagi barang2 lain yang perlu diangkut tetapi boleh menggunakan kereta.Masa tu aku dh lembik dan tangan, pinggang, bahu memang sengal2. Perut pun keroncong. Selepas mandi kami berdua mencari makan. selepas menjamu mkn aku terus tertido kepenatan. Tapi adik2 ku masih larat lagi berulang alik menggunakan kereta mengangkat barang2 kecil. Keesokan paginya kami mengangkut lagi barang2 lain sampai satu tahap tanganku x berdaya nak memegang apa2 lagi. Mungkin kerana kepenatan aku tertido sampai kepetang. Selepas maghrib kami bersiap2 untuk bergerak pulang ke KL. Sampai KL dalam pukul 12.30am. Ahhh...nak cuti lah esok.... x laratnyeeeee.....tapi gi keje jugak.

Friday, July 03, 2009

my viva met with an accident

Sedih tau bile tau kete kesayangan ku, xsampi lagi 2 tahun byr hutang..terlibat dengan kemalangan. kemalangan tu kecik je tetapi telah meremukkan bahagian depan viva. masa dapat tahu berita tu rasa nak terjun dari atas flat kebawah nak tgk ape dh jadi dengan kete tu.tapi depan abang, aku masih bleh kontrol tahan sebak. aku pun paham dia pun tentu tengah trauma lagi..lagipun bukan kesalahan dia.

Sebab tu la aku kureng skit dengan penunggang motor ni. sebahagian besar daripada diorang ni tak berapa sayangkan nyawa.tapi yang tu x kisah la kan. Nyawa dia. Tapi sekarang melibatkan nyawa orang jugak. nasib baik penunggang tu cedera yang tidak mencacatkan. dipendekkan cerita, abangku x buat report polis kerana dinasihatkan oleh bos dia. klu x report polis camana nak claim insurans kan. aku pun tak tahu sgt prosedur nak claim2 ni. tp menurut bos abangku, mengambil masa lama dan meremehkan. Bos abang telah menawarkan untuk menampung segala kos pembaikan viva tu. Abangku kata, bos dia rasa bersalah sebab abangku guna viva tu utk wat keje2 luar diorang, walhal company tu ada menyediakan transport. Aku rasa berterima kasih sgt pada bos abang. Sepanjang viva dihantar ke bengkel, abang menggunakan perodua rusa companynya. So bila kitorang kuar tengok wayang cite transformers ari tu, terpaksa la kene naik rusa..Rasa best jugak sebab tinggi. Pastu bleh dengar kaset.Sepanjang guna rusa, kitorang suka sgt pasang kaset wings album "biru mata hitamku". Dalam tu ada satu lagu yang kami berdua suka sangat..tapi xtau plak tajuk lagu tu....

Tak sampai seminggu viva masuk bengkel dah siap dibaiki. Kos pembaikan dalam RM1200. Syukur sangat dapat tengok viva sihat seperti dulu (eceh..)Pas dapat viva aku x tunggu lama terus gi cuci kete sebab kaler bonet dengan bumper dh cat baru.So nampak sgt beza bila dibandingkan dengan cat body lama yang makin kusam...Selepas cuci kete masih juga kusam, aku pun ambil keputusan untuk polish viva. terbang la RM80.Tapi takpe sebab aku berpuas hati kerana suma body kete dh sama warna xla nampak cam bertompok...Sekarang aku dh mampu tersenyum dan tdo dengan lebih lena...

TRANSFORMERS punya hal

Selasa lepas aku dgn abg gi menonton wayang cite transformers ni. aku yang terlalu excited sanggup gi tgk wyg, tayangan pukul 9.40pm. pas balik keje, sampi umah kul 6.00pm aku tergesa-gesa sediakan makan malam. siap hidangan pukul 7.00pm aku sempat gi masukkan baju2 kotor dlm mesin basuh and mandi pastu solat asar (lewat, hehe). pas solat siapkan basuhan kain and dalam kul 7.40pm abangku balik. Cam biasa dia mesti lapar punye. Terus hidang makanan and makan sama2. Pas makan basuh ape2 yang patut and jemur kain. Sementara tu abang tengok tv jap. Selesai sidai baju tanye abang baju nak pakai esok and iron (slalunya iron pagi2 nak gi keje). Tapi takut esok terlewat bangun sebab nak tgk wayang ni mesti balik lewat malam. Sementara iron baju, abang gi mandi. Pas abang siap mandi solat maghrib jemaah dengan abang...and terus siap2 nak gi tengok wayang. Semangat tul aku ari tu.Sumanye sebab nak gi tengok wayang. Masa tengok TRANSFORMERS yang first aku dh memang tertarik. Sebab tu kali ni aku beria2 ajak abang tgk cite ni. Memang best.Pas tengok cite tu aku panggil abangku bumblebee tp dia cam x suka je....agaknye dia lebih prefer optimus prime kot..

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam