Friday, July 03, 2009

my viva met with an accident

Sedih tau bile tau kete kesayangan ku, xsampi lagi 2 tahun byr hutang..terlibat dengan kemalangan. kemalangan tu kecik je tetapi telah meremukkan bahagian depan viva. masa dapat tahu berita tu rasa nak terjun dari atas flat kebawah nak tgk ape dh jadi dengan kete tu.tapi depan abang, aku masih bleh kontrol tahan sebak. aku pun paham dia pun tentu tengah trauma lagi..lagipun bukan kesalahan dia.

Sebab tu la aku kureng skit dengan penunggang motor ni. sebahagian besar daripada diorang ni tak berapa sayangkan nyawa.tapi yang tu x kisah la kan. Nyawa dia. Tapi sekarang melibatkan nyawa orang jugak. nasib baik penunggang tu cedera yang tidak mencacatkan. dipendekkan cerita, abangku x buat report polis kerana dinasihatkan oleh bos dia. klu x report polis camana nak claim insurans kan. aku pun tak tahu sgt prosedur nak claim2 ni. tp menurut bos abangku, mengambil masa lama dan meremehkan. Bos abang telah menawarkan untuk menampung segala kos pembaikan viva tu. Abangku kata, bos dia rasa bersalah sebab abangku guna viva tu utk wat keje2 luar diorang, walhal company tu ada menyediakan transport. Aku rasa berterima kasih sgt pada bos abang. Sepanjang viva dihantar ke bengkel, abang menggunakan perodua rusa companynya. So bila kitorang kuar tengok wayang cite transformers ari tu, terpaksa la kene naik rusa..Rasa best jugak sebab tinggi. Pastu bleh dengar kaset.Sepanjang guna rusa, kitorang suka sgt pasang kaset wings album "biru mata hitamku". Dalam tu ada satu lagu yang kami berdua suka sangat..tapi xtau plak tajuk lagu tu....

Tak sampai seminggu viva masuk bengkel dah siap dibaiki. Kos pembaikan dalam RM1200. Syukur sangat dapat tengok viva sihat seperti dulu (eceh..)Pas dapat viva aku x tunggu lama terus gi cuci kete sebab kaler bonet dengan bumper dh cat baru.So nampak sgt beza bila dibandingkan dengan cat body lama yang makin kusam...Selepas cuci kete masih juga kusam, aku pun ambil keputusan untuk polish viva. terbang la RM80.Tapi takpe sebab aku berpuas hati kerana suma body kete dh sama warna xla nampak cam bertompok...Sekarang aku dh mampu tersenyum dan tdo dengan lebih lena...

2 comments:

  1. Fuyoo bertuah badan, boss Mizi sanggup tanggung hihihi selamat duit poket...nasib baik ana bersabar and x melenting kan ada hikmah

    ReplyDelete
  2. syukur sgt.tp klu bos dia x tanggung mesti kitorg claim insurans..mana nk cari duit byk tu..

    ReplyDelete

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam