Monday, June 08, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak

Kalau tengok tajuk cerite ni cam paham x paham je kan. Filem arahan Ahmad Idham ni kelakar sgt tau. Cam bese ari sabtu lepas kitorg gi tengok wayang kat selayang point. Masa tu dh kul 8.30pm. Bila tengok jadual tayangan kene tunggu kul 9.20pm. Abang aku cam malas nak tggu dan tukar nak tengok Night at Muzium. Tap aku tetap berkeras nak tengok gak cite JPBC tu. Oleh kerana tengok muncung aku dah panjang, terpaksa la abang aku menurut jugak kemahuanku. ahaks! Oleh kerana abangku dah sudi bertolak ansur, aku pun mengajak la dia berkaraoke.Sempat gak la kitorg melalak 5 buah lagu sementara menanti jam 9.20pm. Tapi kesian kat abang aku kerana masalah selsema bila tang korus aku la yang kene replace dia..

Ramai jugak yang menonton malam tu, yang datang berkeluarga pun ramai. Cerite ni memang x seram pon. Keseramannya telah diserap oleh kelawakan Punai@org myk(mazlan), Cat@toyol(Cat farish) & johan@hantu raya(xtau nama sebenar). Ketiga2 manusia ni teramatla kelakar. Memang aku sakan gelak dalam panggung. Abang aku pun sama jugak cuma dia lebih terkawal daripada aku. huahahaha! Alkisah, 3 orang ni telah melanggar wasiat datuk diorg yang ada membela saka iaitu jangan pandang belakang congkang. Tapi malam 1st lagi diorg dah langgar wasiat tu dan terus disumpah jadi hantu. Aksi paling lawak aku x tahan waktu diorg ni nak tukar jadi hantu.. pecah perut woooo!!!

Tapi diorg telah diselamatkan oleh 3 org awek zarina,dina(idol)&pelakon watak mutiara(drama embun mutiara) juga oleh seorang tok bomoh handal (azlee)-tok bomoh ni pun klaka gila. Geli geleman aku bila ular melingkar kat leher lisa surihani. Rupa-rupanya lisa tu dah tua&buruk benor mukanye,dia tu nenek 3 org tadi tu yang jadi muda sbb simpan saka tu la. Anda disarankan untuk menonton tapi jgn pandang belakang congkak.INGAT TU!!!

Thursday, June 04, 2009

tak tengok tarikh

Semalam, balik dari keje aku sempat check post box aku. eh eh da sale la kat tesco. aku pun terus belek and belek sampai port yang aku paling suka tengok. hehe barang elektrik. last month aku target bulan ni nak beli dvd player...ala yang cikai2 pun jadik la asal aku bleh tgk movie kat umah. Bosan2 kat umah bleh la layan cite bestkan.

emmm...kebetulan la plak da sale dvd pentec..mesti buatan malaysiakan "Belilah Barangan Malaysia, Pilihan Bijak" . Kalau aku beli yang ini bermakna aku menyahut kempen beli produk buatan Malaysia. Harga mmg murah la dlm RM70 untuk yg ada dvd,usb,cdrw..Takpe abang balik jap lagi aku akan usulkan pada dia. Petang tu pas abangku balik keje kitorg kuar kejap sbb aku nak bank in cek gaji..Biasa la lagi 3 ari baru clear cek. Kira2 ari sabtu dah bleh shopping.. huahaha. Pastu sempat plak kitorang singgah makan sebab abangku dh lapar sgt.

Sampai dirumah dah dekat kul 10pm. Abangku belek2 la katalog tesco tu dan aku pun dengan pantas gitahu la pasal dvd player tu. Owh, dari riak mukanye cam setuju, kitorang pun deal la nak share ni. Pastu dia plak yang x sabar2 nak gi beli. Apa lagi kitorang pun siap2 la dengan lajunye sebab nak kejar masa...Katalog tu aku bawak sekali. Sampai kat tesco extra selayang dah dkt 10.30pm.Nasib baik x tutup lagi, kitorg turun naik eskalator cari area barangan elektrik akhirnya jumpe kat tingkat 2. Kitorang cari la dvd pentec tu, jumpe la kat rak dvd player, tapi...........apasal harga dia RM89 ek. Aku rasa geram la plak, kata ada sale. Aku tya la pada staf kat situ, bila dia scan mmg harganya RM89. Bengang jugak masa tu.Apasal la aku tinggalkan katalog tu dlm kete klu tak bleh tunjuk kat staf tu. Disebabkan rasa tertipu kitorang pun x jadi la nak beli...Aku bukan ape, sblm ni kitorang pernah beli rice cooker kat mydin, dia letak harga kat rak tu dlm RM70 tp bila scan jadi dekat RM90. Aku terperasan bila check balik bil sebab cam jumlah tu terlebih dr yang kitorang budget. Bila kitorg argue, diorg kata harga kat rak tu tak update. Bleh ke kata cmtu. Kitorg nak tukar rice cooker yang lain harga RM70 dia suh ambik jugak barang lain bagi cukup dgn harga rice cooker yang mahal tu. Malas nak layan kerenah diorg tu, kitorg balik la dengan sumpah seranah...geram tau.

Berbalik pada kisah dvd player tu tadi, kitorg pun balik la. Dalam kete aku sempat jugak belek katalog tu samada aku tersilap tengok. Memang betul harga tu. Ish x puas hati betul la. Aku belek kat muka depan, baru aku terperasan...........Apala kitorang dua org ni, tarikh sale tu mula 4/6 - 17/6 la. Ari ni baru 3/6. Aku dengan gelihatinya memberitahu abangku. Dia cam geram je aku tengok. hikhikhik. Sekarang ni dua2 salahkan. Disebabkan terlalu ghairah nak beli barang sampai terlupa nak tengok tarikh. Terukkan. Sebagai pengajaran fikir2kan lah.

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam