Monday, June 08, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak

Kalau tengok tajuk cerite ni cam paham x paham je kan. Filem arahan Ahmad Idham ni kelakar sgt tau. Cam bese ari sabtu lepas kitorg gi tengok wayang kat selayang point. Masa tu dh kul 8.30pm. Bila tengok jadual tayangan kene tunggu kul 9.20pm. Abang aku cam malas nak tggu dan tukar nak tengok Night at Muzium. Tap aku tetap berkeras nak tengok gak cite JPBC tu. Oleh kerana tengok muncung aku dah panjang, terpaksa la abang aku menurut jugak kemahuanku. ahaks! Oleh kerana abangku dah sudi bertolak ansur, aku pun mengajak la dia berkaraoke.Sempat gak la kitorg melalak 5 buah lagu sementara menanti jam 9.20pm. Tapi kesian kat abang aku kerana masalah selsema bila tang korus aku la yang kene replace dia..

Ramai jugak yang menonton malam tu, yang datang berkeluarga pun ramai. Cerite ni memang x seram pon. Keseramannya telah diserap oleh kelawakan Punai@org myk(mazlan), Cat@toyol(Cat farish) & johan@hantu raya(xtau nama sebenar). Ketiga2 manusia ni teramatla kelakar. Memang aku sakan gelak dalam panggung. Abang aku pun sama jugak cuma dia lebih terkawal daripada aku. huahahaha! Alkisah, 3 orang ni telah melanggar wasiat datuk diorg yang ada membela saka iaitu jangan pandang belakang congkang. Tapi malam 1st lagi diorg dah langgar wasiat tu dan terus disumpah jadi hantu. Aksi paling lawak aku x tahan waktu diorg ni nak tukar jadi hantu.. pecah perut woooo!!!

Tapi diorg telah diselamatkan oleh 3 org awek zarina,dina(idol)&pelakon watak mutiara(drama embun mutiara) juga oleh seorang tok bomoh handal (azlee)-tok bomoh ni pun klaka gila. Geli geleman aku bila ular melingkar kat leher lisa surihani. Rupa-rupanya lisa tu dah tua&buruk benor mukanye,dia tu nenek 3 org tadi tu yang jadi muda sbb simpan saka tu la. Anda disarankan untuk menonton tapi jgn pandang belakang congkak.INGAT TU!!!

No comments:

Post a Comment

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam