Thursday, April 23, 2009

lu pk la sendiri!

Pada 2 mggu yg lepas, jiran aku (india) telah membeli seekor puppy. Cute sgt2 tp wlu cute macamana pun aku mmg xleh dekat dengan haiwan bernyawa ni. Sedangkan kucing dtg dekat pun aku lari inikan plak haiwan yg telah terang2 haram hukumnya disisi agama islam jika bersentuhan. Bila aku perasan dia membela puppy tu, aku mula rasa x selesa sbb umah dia betul2 depan lif org nak kuar masuk. So pagi2 nak pegi keje and balik dari keje mesti kene lalu depan umah dia ni.

Pada awalnya dia kurung puppy tu dalam stor tepi umah dia, tapi 2, 3 menjak ni dia biar je puppy tu berkeliaran. Pernah sekali tu aku ternampak puppy tu melepaskan hajat kat laluan orang nak lalu lalang. Itu masa dia perasan boleh la dia gi mop, tapi cuba waktu dia x nmpk, kita plak lalu lalang kat situ...Aku jadik betul2 x selesa dengan situasi skg. Bila aku adu kat abg aku, dia endah x endah je. Kat level aku duduk tu plak majoriti bukan org melayu, sbb tu diorg mcm x kisah aje. Geram jgk rasanya. Pagi tadi waktu aku menunggu lif, puppy tu tgh syok berlari2, best la dia bleh gi sana sini sbb x kena ikat. Aku ok lagi masa tu, tapi tiba2 plak dia berlari2 ke arah aku. Apalagi aku menjerit2 la kat situ. Abg aku kat sebelah boleh buat dono jek. Tengah aku terpekik tu, tuan puppy tu panggil2 puppy dia dengan nada marah la "po!po!", suh puppy tu pegi jgn kacau aku la. Tapi makin dekat plak si puppy tu datang. Bila tuan dia kejar baru la puppy tu blah masuk umah dia. Aku masa tu memang dh stanby nak lari je. Pasni klu aku nmpk je puppy tu berkeliaran lagi, aku rela turun ikut tangga daripada naik lif.

Aku sebenarnya kesal dengan sikap mereka yang x sensitif dengan jiran2 terutamanya bab halal haram ni. Sepatutnya mereka sedia maklum bahawa membela haiwan di atas bangunan kediaman bertingkat ini adalah dilarang sama sekali. Sekurang2nya mereka perlu meminta kebenaran terlebih dahulu daripada jiran2. Haiwan mcm kucing ke boleh la nk dipertimbangkan lagi. Aku x tau la sampai bila nak bersabar dengan jiran2 yang macam ni.

No comments:

Post a Comment

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam