Monday, January 04, 2010

muffin coklat x berapa jadi



Cuti tahun baru aku sibuk bagitahu abang, yg aku nak cuba wat mufin coklat. almaklum la dpt oven free tu beb.mungkin aku bertuah kerana mendapat kakak yg sgt2 pemurah.hehe.thanks nyah. oleh itu, semangat aku semakin membara untuk mencuba resepi mufin coklat pertama yg aku dpt dari intenet. Ari jumaat malam aku n abg gi cari barang2 kt NSK.Ari sabtu pagi pas htr abg gi keje,aku singgah kedai brg2 dapur kt selayang (kedai favorite aku). sbb smlm aku lupe nak beli alat penimbang and cup cake. dapat aje aku terus balik n aku pun cuba la buat.semua bahan2 telah kutimbang tepat.hehe. tapi yg slacknye,bile aku nak cairkan cooking coklat..uwwwaaaaa...salah beli white coklat la. masa tu aku dh mula rasa sedikit tension. aaahhh,bantai je la. malas dh nk sakit2kan pala. aku pun ikut la setiap arahan yang diberikan. masa dh masuk oven aku tengok mufin tu elok je naik tp lps 10min abis penyek..hahahha.mufin ku konfem x menjadi. abis satu bancuhan aku campak dlm tong sampah. sedey sgt masa tu. untuk mengurangkan kesedihan sbb penat n sbb mufin x jadi,aku kol abang. sib baik abang bagi kata2 semangat kat aku. dh ok skit aku terus wat nasi goreng utk abang balik keje nnti.ringkas n sedaaaap.hihihi. Keesokan ari (ahad) abg aku gi keje lagi. boring x tau nk wat ape aku sms la seorg kawan ni.sbb dia ni pandai bab wat kek. aku cite la ape yg jd semalam. byk juga la tips yg dia bagi smpaikan aku nak jugak teruskan cabaran membuat mufin coklat ni smpai berjaya. apalagi pas zohor, aku terus gi NSK (dgn izin abg). Cari cooking coklat yg mmg betul warna coklat. Balik dari NSK, aku terus buat sekali lagi. tapi untuk langkah berjaga2 aku hanya membuat sukatan separuh bancuhan. taknak membazir kalau2 x jadi lagi. Masuk oven hatiku berdebar2 ni.tengok naik elok je..dh terukir senyuman dibibir nih.tp dlm 5 min terakhir mufin tu penyek semula. tapi xde la seteruk semalam. ok la ni kot utk percubaan kali ke-2. tuggu sejuk skit aku pun ngap2 la sorang. rasa sedap tp x naik elok la. untuk makan sendiri boleh la. tapi aku akan cuba lagi pasni sampai aku betul2 puas hati.chaiyok!chaiyok!

No comments:

Post a Comment

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam