Tuesday, March 17, 2009

jom cuba puding jagung ni



PUDING JAGUNG

Bahan-bahannya;

Tepung Kastard 1 cawan
Air Masak 5 cawan
Susu Cair (Optional) 1 tin
Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan
Gula Pasir ½ cawan
Garam 1 sudu kecil

Cara Membuatnya;
Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api.
INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
Setelah itu masukkan ke peti sejuk.

KUAH BUAH-BUAHAN (Kuah Cocktail)

Bahan-bahannya;
Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
Susu Cair 1 tin
Gula Pasir 4 sudu besar
Garam ½ sudu kecil
Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
Air Masak ikut kesesuaian

Cara Membuatnya;
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana kecil.
Bila dah mendidih, sila tutup api dan sejukkan.
Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.


No comments:

Post a Comment

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam