Friday, October 16, 2009

Mouse Problems-part one


Sejak kitorang menyewa rumah yg diduduki sekarang ni, terdapat masalah besar yang menghantui kitorang. Sebabnye walaupun kitorang yang bayar sewa bulan2, tapi makhluk yang kecil, berbulu, berekor, bermisai ini mahu tinggal bersama2 kami. Kehadiran makhluk yang x diundang ini disedari sejak aku terbau hancin dalam bilik stor juga terdapat tahinya yang berselerakan diatas lantai.

Oleh itu aku dengan drastiknye telah menjalankan misi menghalau makhluk ini dengan mengemas bilik stor tu. Abis suma barang2 yang aku rasa menyemak dan x diperlukan kene buang tanpa notis. Malangnye ketika aku sedang memindah keluar sebuah kotak kosong, aku telah dikejutkan dengan makhluk ni. Aku dah nampak kotak tu berlubang kat bucu tepi tapi aku x suspek plak dia ada dlm kotak tu. Dengan berani aku angkat la kotak tu dan goncang2. Macam ada bunyi benda kat dalam. Aku pun buka la kotak tu, dengan pantas makhluk tu meloncat keluar. MasyaAllah, besarnye!!!!Spontan kotak tu kucampak sambil menjerit2 dan berlari ke ruang tamu. Makhluk tu pun aku rasa dia panik sebab lintang pukang lari cari jalan keluar ikut dapur. Rasa nak pecah dada aku menahan kepanikan. Mungkin 10min kemudian baru aku punya kekuatan untuk meneruskan misi aku. Setelah pasti makhluk tu dah x ada aku menyambung kembali tugas yang terbantut.

Selesai proses membuang aku mula mengosongkan stor tu sebab aku nak sapu dan mop lantai supaya bau-bauan yang menyakitkan lubang hidung aku tu hilang. Senang hati aku bau-bauan hancin tu telah bertukar haruman daia (perisa lemon). Selepas lantai kering aku menyusun semula barang2 dalam bilik stor tu. Akhirnya misi selesai. Sejak itu kitorang akan sentiasa pastikan pintu stor tu tertutup setiap kali tidak digunakan. Aku xnak makhluk tu cuba2 lagi tinggal dalam bilik stor tanpa membayar sewa. Selesai misi menghalau kitorang telah memulakan misi yang seterusnye iaitu misi MENGHAPUSKAN..bersambung...

No comments:

Post a Comment

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam