Monday, May 25, 2009

Short Visit to Cameron Highland

Semalam hari Ahad bersamaan 24/05/2009 adalah tarik lahir ibuku yang ke......x ngat la plak. Kebetulan pula minggu ni aku balik perak. Tujuan aku balik sebenarnye untuk menghantar adikku yang dh 2 minggu bermastautin di KL ni. So dengan x sengaja kami turut meraikan harijadi mak.

Hari ahad sebelum balik ke KL, keluarga ku merancang untuk berkelah. Tetapi mak menyuarakan hasratnye untuk ke Cameron Highland(CH). Kakakku Nyah, telah memberi amaran bahawa jalan ke CH byk selekoh dan makku tetap bertegas nak pergi juga. Jadi kami pun bersiap xpress untuk merealisasikan impian makku itu. Aku memang mengambil kesempatan ini utk bersiar2, ye la aku pun x pernah lagi pegi CH ni. Kami bergerak 2 buah kereta, suami ku Mizi membawa aku, mak n abah menaiki MyVi, manakala Nyah memandu Kelisa membawa kedua adikku. Kami sempat singgah ke TESCO membeli hadiah harijadi ibuku.Nak tau apa dia...Inilah beg tangan LENO RM....... Makku seronok la dapat beg baru dan terus memakainya dlm perjalanan ke CH.

Kami meneruskan perjalanan, sementara singgah di stesen minyak Shell untuk mengisi minyak, makku terasa lapar dan dia pun mkn la nasi goreng yang dibawa bersama td. Dalam hampir sejam mendaki banjaran yang berselekoh, makku mengadu terasa tidak enak. Nasib baik abah ku ada membawa minyak cap kapak. Kami meneruskan perjalanan ke Brincang untuk mengisi perut sebelum bersiar2. Sebelum tiba di Brincang, makku telah muntah...uwekkk! nasib baik la ada plastik standby kat sebelah dia. Kesian juga tgk mak ku yang dh lembik x bermaya. Abis suma yang dia mkn td keluar balik. Sampai Brincang makku terpaksa dipapah kerana dia dh x larat nak berjalan. Sementara menghantar dia ke Toilet, aku sempat membeli minyak angin untuk melegakan kemualannya. Kakakku pula check in hotel berdekatan supaya mak dapat berehat.


Kami kesian tengok mak dh x larat macam tu, tapi terasa lucu sgt sbb dia yang beria2 nak merasa pegi CH. Kami tinggalkan dia di hotel dgn ditemani adik bongsuku, sementara kami pegi cari makan. Lapar sgt, masa tu dh pukul 1.30pm.



Selepas mkn, kami balik semula ke hotel, oleh kerana kami merancang untuk pulang sebelum pukul 6, kami membuat keputusan untuk meninggalkan mak dihotel dgn ditemani oleh adikku yang seorg lagi. Oleh kerana waktu yang singkat, kami hanya sempat melawat ladang teh boh dan pasar. Ladang tu memang luas mata memandang. Sempat juga kitorg membeli teh boh instant untuk dibawa pulang. Aku hanya membeli teh boh perisa vanilla & caramel dengan harga RM10.90 sebungkus. Kakakku borong 4 bungkus teh boh tarik, tp yang tu aku biasa tengok kat pasaraya.

Selepas sejam di ladang teh, kami singgah ke pasar berhampiran. Kami membeli ala kadar, sayuran, strawberi dan cenderamata untuk kenangan. Selepas itu kami balik semula kehotel untuk bergerak pulang. Makku juga telah kembali segar dan dalam pukul 6.30 kitorg sampai ke rumah. Walaupun hanya sempat bersiar untuk sebentar, tapi menjadi memori yang manis buat kami tetapi pahit buat mak. hikhihi......


2 comments:

  1. Cantik beg ana beli utk mak ana...........Happy Holiday

    ReplyDelete
  2. share 3 org tu, save budget wooo!

    ReplyDelete

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam