Tuesday, June 15, 2010

JENJALAN KE KUALA SEPETANG

Aku lah org terakhir habis mkn tu pun masih berbaki

Pada bulan 5 yang telah lepas, aku bersama abang, abah n adikku iqah telah berkesempatan makan mi udang special di Kuala Sepetang. Perancangannye nak bawa sekali mak n adikku wati join sama, tetapi oleh kerana vivaku hanya mampu menampung 4org terpaksalah yang lain kene tinggal. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah muzium yang diberi nama MUZIUM MATANG. Muzium ni xde la besar mana dan ianya merupakan rumah merangkap kota asal Ngah Ibrahim yang telah dibaik pulih.



Sebelum baik pulih




Selepas baik pulih



Dalam banyak-banyak barang antik yang dipamerkan, aku tertarik dengan satu peralatan ukur yang diberi nama tiodolit. Almaklum la ianya berkait dengan bidang kerja aku sekarang. Selain itu ada beberapa peralatan antik lain yang sudah tidak digunakan lagi pada zaman moden ini.





Tiodolit





Mesin Padi



Mesin Tumbuk




Telefon





Kipas


Mesin Taip

Selepas menjelajah Muzium Matang kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang. Oleh kerana ini kali pertama kami sampai kesini, maka tentulah kami xtau kedai mi udang mana yang paling best kat situ. Dari awal perjalanan kami dapati ada signbord Mi Udang Mak Jah disepanjang jalan menuju ke Kuala Sepetang. Jadi kami pun ikut jelah signbord tu. Sampai di Kedai Mak Jah, meja makan telah dipenuhi dengan puluhan penunggang motor yang berkonvoi beramai-ramai. Nasib baik masih ada tempat yang kosong. Silalah menjamu selera dengan gambar dibawah.


Mi Udang Special (RM11.00)




Adikku mkn penuh selera (yg paling cepat abis)


Abahku x kurang hebat(cepat2 mkn takut kene byr, hehehe)



Abang mkn sampai tinggal kuah je

Wednesday, April 07, 2010

corat coret

tentu ada antara korang yang tertanya2 tentang keazaman aku tidak lama dulu untuk menjadi pembuat mufin yg berjaya.. kehkeh. aku rasa azam tu dh terkubur sejak kali terakhir aku mencubanya. bila aku fikirkan balik, masa mula2 tu aku memang bersemangat, tp sape2 pun kalau nak buat perkara yang baru tentu bersemangat gila kn. lebih2 lagi aku dpt oven free. lepas aku try kali ke-3, aku masih ada keinginan untuk mencuba lagi sehingga betul2 berhasil. tetapi sebenarnya niat aku buat suma tu adalah untuk dirasai bersama2 hb. sebelum ni aku telah cuba buat mashed potato, puding jagung&laici semata2 kerana ianya kesukaan hb. jd aku ingatkan dia suka la mufin ni, tp rupanye tidak. makna kata kalau aku buat jugak memang konfem aku sorang yg akan mkn. memang la aku boleh jugak share dengan family & kwn2. tp tu la nawaitu aku tu sebenornye lain, hehe. jadi sehingga sekarang aku x teruskan azam tersebut. tetapi mungkin satu masa aku akan tukar fikiran.mana nak tau kn..kalau aku x explain kt sini nanti korang ngat aku ni sekadar hangat2 taik ayam. x best la korang fikir cam tu. hehe. nak jadikan cerita, oven tu sekarang kitorang gunakn untuk memanaskan makanan. abis la kitorg masukkn ayam kfc, ayam madu, piza, jagung kedalam oven tu..at least kitorg masih gunakan oven tu wlupun bukan utk tujuan yg sepatutnye..

Tuesday, April 06, 2010

MAK DATANG KL

last february on 25th, my mak & my chubby young sister, watie came to kl. my mak not very well lately till she was fired by my young sister from her job as a chef (hehe). neway my mak missed her cucu, lovely athirah (called tiyah, now almost 3 years old). thats why she came to kl by train to see her cucu.


my mak stayed at my older sister's house, called yang. she's now almost 9 months pregnant. so my hb n me went to her house n stay there for 2 nights (mkn free, hehe). one thing that i'm wondering till now is about my little anak sedara ni. she's a bit or in other word not really2 like me. but with my hb she's totally different. she can play happily with him, shows every toys she have to him, can hugging her freely..arghh i'm so jelousy! but still i love her with all my heart..hehe..till i let her slept on the floor while i was asleep on her mattress..sooorrrryyy....(it happens accidently).

the next day we took my mak shoping2 at mydin subang jaya (class gitu). my sis watie bought so many things (shopaholic). we went there about 10.30am and going back home around 3.00pm. hehe. its normal senario when women went to shopping. on sunday my mak going back to kg also by train. we have a breakfast at pantai dalam ate nasi lemak (among the most popular gerai).


ni la cara mkn yg betul kena kunyah smpai lumat @ kemam smpi lembik, hehe

apsal dua2 xnk tgk kamera ni, anak mak sama aje


yg dua org ni plak control canteeekk gitu, hohoho


afterwards me n hb sent mak to kl sentral. fortunately we came there earlier. my sis the ticket's buyer said the train coming at 9.00am but after checked with the ticket, the times arriving shows 8.30am, fuhh.... i almost ran down the escalator when heard the trains start moving. however, the train's attendant told me, that train is going to seremban and he speak a bit harsh to me since i went down from the wrong escalator. then i realized thats escalator should be for the passenger to going up. however we stayed there untill 9.30am, as usual the trains never cames early, never been punctual and always make passengers waiting for them.

on the way back to my house, me n hb laughing at what my mak said before. Actually, she's ready to jump into the moving trains and leaving all her bags behind also her own daughter watie. what a brave mak in the world!

VIDEO BERSAMA FATIN&ASYRAF DARWISY

Thursday, March 04, 2010

Mouse Problems-part two

Selepas tragedi lepas, kitorg berdua berusaha untuk menghapuskan tikus2 ni. Ini kerana mereka masih degil untuk tinggal dengan kitorg. Mula2 kitorang letak racun tikus dalam bentuk biji2 merah jambu. Penjual tu kata kene letak racun tu berhampiran dengan bakul sampah. Pastu letak bersama sedikit air.Sbb lepas termakan racun, tikus tu akan kepanasan dan mencari air. Jadi nak elakkan dia mati merata2 baik sediakan siap2 air tu untuknya. Malangnya, cara ini tidak berkesan. Tetapi yang menghairankan setiap kali kitorg letak racun tu, tentu habis licin, cuma tikusnya yang x mati2. Aku mula keliru samada racun itu adalah racun tikus ataupun makanan tikus.

Selepas gagal dengan cara tersebut, abangku membeli perangkap tikus. Baki racun tikus tu diletakkan atas perangkap tikus sebagai umpan. Hehe..malam pertama seekot tikus menemui ajal. Saiz tikus yg mati tu sederhana saja dan aku pasti ada lagi kroni2 dia yg lebih besar bermaharajalela. Hari2 berikutnya, makin banyak tikus yang mati, ada yang kecik dan ada yang besar. Tetapi tikus2 tersebut x surut2 jugak. Beberapa minggu kemudian, kami perasan yang umpan diatas tikus lesap tp tiada tikus yang mati. Pelik ni. Nampaknya tikus2 ni dah semakin bijak. Abangku mendapat satu akal. Umpan tikus itu disumbat dalam plastik yang kecil dan diselitkan diatas perangkap tikus. Biar susah dia nk larikan umpan tu. Hasilnya, tikus2 itu pun tewas..Namun ianya x berpanjangan. Lama-kelamaan tiada tikus yang mkn umpan perangkap tikus tu. Aku bagi idea pada abang untuk guna gam tikus, tapi langsung tiada sekor tikus pun yg mati. Aku dah fed-up dengan hal2 tikus ni.
Sebenarnya tikus ni takkan masuk rumah kalau tiada jalan masuk. Jadi skrg aku tutup tingkap & pintu didapur setiap masa. kecuali ketika aku ada. Aku rasa inilah langkah terbaik. Sampai sekarang tiada sekor tikus pun yg berjaya memboloskan diri. Betul la kata doktor, "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat".

Tuesday, February 02, 2010

AVATAR

Minggu lepas aku nonton cite ni tayangan 11mlm. kuar panggung dh pagi.hehehe. best tau cite ni...nnti kuar cd aku cdg nk beli. permulaan cerita aku xdpt nk tgkap sgt..tp stgh jam kemudian aku dh mula dpt ikut flow cerita...menarik memang menarik tp da sorg kawan aku kata borink n dia tido masa tgk cite nih! tp jgn tak tahu kutipan filem ni dh menyaingi pemegang kutipan filem tertinggi sebelum ini iaitu titanic. apepun pengarahnye boleh menarik nafas lega kerana kedudukannya tetap tidak akan tergugat.pengarah yg sama beb! pengarah filem ini cuba merealitikan yg fantasi melalui babak2 yg sgt mengkagumkan. penuh warna warni dan kejutan. masa tontonan anggaran selama 2jam 45min. masa tayangan agak panjang tetapi amat berbaloi utk wang anda dileburkan.
//////////////////////////////////////////////////////////
p/s:masa tgu masuk panggung aku dikejutkan oleh seorg lelaki india yg tersilap masuk toilet pmpn. terus kol abang jaga pintu toilet.sib baik dia baru pegang zip seluar.kalo tak tentu aku dh menjerit.

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam