Selepas tragedi lepas, kitorg berdua berusaha untuk menghapuskan tikus2 ni. Ini kerana mereka masih degil untuk tinggal dengan kitorg. Mula2 kitorang letak racun tikus dalam bentuk biji2 merah jambu. Penjual tu kata kene letak racun tu berhampiran dengan bakul sampah. Pastu letak bersama sedikit air.Sbb lepas termakan racun, tikus tu akan kepanasan dan mencari air. Jadi nak elakkan dia mati merata2 baik sediakan siap2 air tu untuknya. Malangnya, cara ini tidak berkesan. Tetapi yang menghairankan setiap kali kitorg letak racun tu, tentu habis licin, cuma tikusnya yang x mati2. Aku mula keliru samada racun itu adalah racun tikus ataupun makanan tikus.
Selepas gagal dengan cara tersebut, abangku membeli perangkap tikus. Baki racun tikus tu diletakkan atas perangkap tikus sebagai umpan. Hehe..malam pertama seekot tikus menemui ajal. Saiz tikus yg mati tu sederhana saja dan aku pasti ada lagi kroni2 dia yg lebih besar bermaharajalela. Hari2 berikutnya, makin banyak tikus yang mati, ada yang kecik dan ada yang besar. Tetapi tikus2 tersebut x surut2 jugak. Beberapa minggu kemudian, kami perasan yang umpan diatas tikus lesap tp tiada tikus yang mati. Pelik ni. Nampaknya tikus2 ni dah semakin bijak. Abangku mendapat satu akal. Umpan tikus itu disumbat dalam plastik yang kecil dan diselitkan diatas perangkap tikus. Biar susah dia nk larikan umpan tu. Hasilnya, tikus2 itu pun tewas..Namun ianya x berpanjangan. Lama-kelamaan tiada tikus yang mkn umpan perangkap tikus tu. Aku bagi idea pada abang untuk guna gam tikus, tapi langsung tiada sekor tikus pun yg mati. Aku dah fed-up dengan hal2 tikus ni.
Sebenarnya tikus ni takkan masuk rumah kalau tiada jalan masuk. Jadi skrg aku tutup tingkap & pintu didapur setiap masa. kecuali ketika aku ada. Aku rasa inilah langkah terbaik. Sampai sekarang tiada sekor tikus pun yg berjaya memboloskan diri. Betul la kata doktor, "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat".
No comments:
Post a Comment