Thursday, March 04, 2010

Mouse Problems-part two

Selepas tragedi lepas, kitorg berdua berusaha untuk menghapuskan tikus2 ni. Ini kerana mereka masih degil untuk tinggal dengan kitorg. Mula2 kitorang letak racun tikus dalam bentuk biji2 merah jambu. Penjual tu kata kene letak racun tu berhampiran dengan bakul sampah. Pastu letak bersama sedikit air.Sbb lepas termakan racun, tikus tu akan kepanasan dan mencari air. Jadi nak elakkan dia mati merata2 baik sediakan siap2 air tu untuknya. Malangnya, cara ini tidak berkesan. Tetapi yang menghairankan setiap kali kitorg letak racun tu, tentu habis licin, cuma tikusnya yang x mati2. Aku mula keliru samada racun itu adalah racun tikus ataupun makanan tikus.

Selepas gagal dengan cara tersebut, abangku membeli perangkap tikus. Baki racun tikus tu diletakkan atas perangkap tikus sebagai umpan. Hehe..malam pertama seekot tikus menemui ajal. Saiz tikus yg mati tu sederhana saja dan aku pasti ada lagi kroni2 dia yg lebih besar bermaharajalela. Hari2 berikutnya, makin banyak tikus yang mati, ada yang kecik dan ada yang besar. Tetapi tikus2 tersebut x surut2 jugak. Beberapa minggu kemudian, kami perasan yang umpan diatas tikus lesap tp tiada tikus yang mati. Pelik ni. Nampaknya tikus2 ni dah semakin bijak. Abangku mendapat satu akal. Umpan tikus itu disumbat dalam plastik yang kecil dan diselitkan diatas perangkap tikus. Biar susah dia nk larikan umpan tu. Hasilnya, tikus2 itu pun tewas..Namun ianya x berpanjangan. Lama-kelamaan tiada tikus yang mkn umpan perangkap tikus tu. Aku bagi idea pada abang untuk guna gam tikus, tapi langsung tiada sekor tikus pun yg mati. Aku dah fed-up dengan hal2 tikus ni.
Sebenarnya tikus ni takkan masuk rumah kalau tiada jalan masuk. Jadi skrg aku tutup tingkap & pintu didapur setiap masa. kecuali ketika aku ada. Aku rasa inilah langkah terbaik. Sampai sekarang tiada sekor tikus pun yg berjaya memboloskan diri. Betul la kata doktor, "Mencegah Lebih Baik Dari Merawat".

Tuesday, February 02, 2010

AVATAR

Minggu lepas aku nonton cite ni tayangan 11mlm. kuar panggung dh pagi.hehehe. best tau cite ni...nnti kuar cd aku cdg nk beli. permulaan cerita aku xdpt nk tgkap sgt..tp stgh jam kemudian aku dh mula dpt ikut flow cerita...menarik memang menarik tp da sorg kawan aku kata borink n dia tido masa tgk cite nih! tp jgn tak tahu kutipan filem ni dh menyaingi pemegang kutipan filem tertinggi sebelum ini iaitu titanic. apepun pengarahnye boleh menarik nafas lega kerana kedudukannya tetap tidak akan tergugat.pengarah yg sama beb! pengarah filem ini cuba merealitikan yg fantasi melalui babak2 yg sgt mengkagumkan. penuh warna warni dan kejutan. masa tontonan anggaran selama 2jam 45min. masa tayangan agak panjang tetapi amat berbaloi utk wang anda dileburkan.
//////////////////////////////////////////////////////////
p/s:masa tgu masuk panggung aku dikejutkan oleh seorg lelaki india yg tersilap masuk toilet pmpn. terus kol abang jaga pintu toilet.sib baik dia baru pegang zip seluar.kalo tak tentu aku dh menjerit.

Friday, January 29, 2010

TERKUNCI

Tension betul aku semalam. Nak tau kenapa?Meh aku nak cerita. Semalam aku rasa segan betul nak memasak, mgkin sbb dh dpt duit claim dr bos, jd mula la rasa nk mkn mknn yg sedap2. Balik dari keje aku terus kol abang, dgn suara yg selembut mungkin aku bagitahu yg aku x larat nk masak(common reason) n aku nk gi p. mlm kt BBS (bdr baru slyg). Abang kata boleh..hehehe aku dh sengih2 sonok sorg2. Tapi dia mungkin lewat sbb nak siapkan quotation. Aku no hal asalkan jgn smpai p. mlm tutup sudah. Jadi sementara tunggu abang balik aku layan la Na O Mei.

Kira2 jam 8mlm abang kol, dia otwy dr sentul. Aku pun cepat2 la siap. Aku x lupa pesan kt abg kalau dh nak smpi kol aku boleh aku turun bawah. Dalam 20min kemudian abg kol lagi suh aku turun. Cepat2 aku ambik beg tangan n kunci rumah. Eh, apasal pintu ni xleh buka. Aku tarik pemegang pintu tu sekuat hati. Tapi x boleh juga. Aku tarik lagi dan tarik lagi..AHHH x mau la plak. Dah peluh2 ni. Aku gi minum kejap n terus sms abang, suh naik atas buka pintu dr luar. Sementara tu aku cuba lagi dengan pisau, cungkil2 cm dlm tv slalu buat tu. x jadik jugak. alahai...pe la malangnye ari ni..
Abang kol suh aku tarik kuat2 pemegang pintu tu. aku ckp la dh tarik smpai merah2 tangan. x boleh juga. masa tu suara aku dh tinggi skit. aku suh juga dia naik. sampai atas, abang try buka dari luar pun masih x boleh. mcm2 la yg dia cuba buat. jiran sebelah aku dh sibuk2 tya. jiran aku cina depan umah yg sebelum ni x pnh bersapa pun boleh dtg tanya2. concern jugak. hampir stgh jam abg kat luar n aku kt dlm. akhirnya abg kol tuan rumah minta izin nk tendang je pintu tu. yelah, kalau pecah ke pintu tu nnti tuan rumah kata pe plak kn. gipun pintu tu kt tgh2 dia kosong mesti mudah pecah.
1..2..3..DUMM!! ambik engkau.sape suh gatal sgt xnak buka. kn dh kene trade mark tapak kasut abang aku. hehehe..lega aku akhirnya pintu tu terpaksa mengalah jugak. nasib baik pecah sikit je kat bahagian tombol. abg suh aku ambik paku dgn penukul. dia paku balik bahagian2 yang terkopak. pemegang n kunci kt dlm pintu tu dikeluarkan. ada skru longgar kt dlm yang menyebabkannya tersekat. dlm 15min suma settle. tiba2 abang aku mengadu lapar. kecian la plak. sib baik sempat lagi nk gi p.mlm. pe lagi, terus pecut la...VROOOMMM.
p/s=sedey sbb terkunci dlm rumah sendiri :(

Monday, January 25, 2010

ADNAN SEMPIT YG KELAKO


Hari ahad 24/01/2010, aku n abg gi tgk cite ni. Mcm nak tgk avatar tp xpe la next week je la tgk. Memang best cite ni sbb xberat dan kelainan sedikit dalam menghasilkan adegan kelakar. aku suka dengan mimik muka si Adnan yg memang poyo. Along pun best dan diorg berdua adalah gandingan yg ideal. Aku x tau la kalo da org perasan ke tak masa si Adnan speaking rojak, masa tu aku gelak sakan x cover langsung wlu pun abg ada kt sebelah. Peduli apekan, dh memang pon filem tu komedi kalau x gelak nnti merajuk plak Ahmad Idham. Filem ini bagi aku memang sesuai ditonton sebagai ruang untuk merehatkan minda sbb x perlu pikir, just follow jalan cerita dari mula hingga tamat. Tapi ade juga plot cerita yg sedikit longgar. Tp pada aku mana2 filem mesti mempunyai masalah yg sama. Jadi ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Kalau dalam drama, lain la kn. Masa tayangan berpuluh jam. Pengarah mempunyai byk masa untuk masukkan macam2 babak yg mengemaskan lagi jalan cerita drama tersebut. Cuma ada satu adegan yang aku rasa x berapa sesuai/manis untuk dipaparkan. Kalau xde babak tu atau digantikan dengan babak lain lagi bagus. Wlupun babak tu dikaburkan tp tetap meloyakan. Bukannye ape, wlupun pengarah cuba nak tunjukkan semua jenis sisi negatif mat rempit/samseng jalanan ni pada penonton tp kene ingat ye...Filem ini adalah filem komedi jadi memang akan menjadi pilihan utama tontonan para keluarga untuk bersantai dihujung minggu. Maknanya mak bapak ni akan bawa sekali dengan anak2 diorg yang kecik2 tu. Masa babak tu dipaparkan, aku bleh dengar la bunyi suara terkejut sekeliling. Memang aku pun terkejut. Abang aku? Ntah tgk muka cool je. Ok la kwn2 semua. Selamat Menonton!!

Monday, January 04, 2010

muffin coklat x berapa jadi



Cuti tahun baru aku sibuk bagitahu abang, yg aku nak cuba wat mufin coklat. almaklum la dpt oven free tu beb.mungkin aku bertuah kerana mendapat kakak yg sgt2 pemurah.hehe.thanks nyah. oleh itu, semangat aku semakin membara untuk mencuba resepi mufin coklat pertama yg aku dpt dari intenet. Ari jumaat malam aku n abg gi cari barang2 kt NSK.Ari sabtu pagi pas htr abg gi keje,aku singgah kedai brg2 dapur kt selayang (kedai favorite aku). sbb smlm aku lupe nak beli alat penimbang and cup cake. dapat aje aku terus balik n aku pun cuba la buat.semua bahan2 telah kutimbang tepat.hehe. tapi yg slacknye,bile aku nak cairkan cooking coklat..uwwwaaaaa...salah beli white coklat la. masa tu aku dh mula rasa sedikit tension. aaahhh,bantai je la. malas dh nk sakit2kan pala. aku pun ikut la setiap arahan yang diberikan. masa dh masuk oven aku tengok mufin tu elok je naik tp lps 10min abis penyek..hahahha.mufin ku konfem x menjadi. abis satu bancuhan aku campak dlm tong sampah. sedey sgt masa tu. untuk mengurangkan kesedihan sbb penat n sbb mufin x jadi,aku kol abang. sib baik abang bagi kata2 semangat kat aku. dh ok skit aku terus wat nasi goreng utk abang balik keje nnti.ringkas n sedaaaap.hihihi. Keesokan ari (ahad) abg aku gi keje lagi. boring x tau nk wat ape aku sms la seorg kawan ni.sbb dia ni pandai bab wat kek. aku cite la ape yg jd semalam. byk juga la tips yg dia bagi smpaikan aku nak jugak teruskan cabaran membuat mufin coklat ni smpai berjaya. apalagi pas zohor, aku terus gi NSK (dgn izin abg). Cari cooking coklat yg mmg betul warna coklat. Balik dari NSK, aku terus buat sekali lagi. tapi untuk langkah berjaga2 aku hanya membuat sukatan separuh bancuhan. taknak membazir kalau2 x jadi lagi. Masuk oven hatiku berdebar2 ni.tengok naik elok je..dh terukir senyuman dibibir nih.tp dlm 5 min terakhir mufin tu penyek semula. tapi xde la seteruk semalam. ok la ni kot utk percubaan kali ke-2. tuggu sejuk skit aku pun ngap2 la sorang. rasa sedap tp x naik elok la. untuk makan sendiri boleh la. tapi aku akan cuba lagi pasni sampai aku betul2 puas hati.chaiyok!chaiyok!

Tuesday, December 29, 2009

RAJA SEHARI-26122009

Apasal la yg sebelah pengantin tu cam malu miaww2..
Bergambor dgn x-boss


Nyah+Watie


Nyah+Pn Khaleda


Nyah+Me


Nyah+Mama


Nyah+Kak Nani


Nyah+Kawan2 dia


Aku mekap ni tau utk akad nikah...


Di Majid Kg Seri Kulim dgr kuliah dr Tok Kadi...


Salam Mak Mertua..


Semoga Berbahagia ek..


Oh Mak Mertua ku...


Oh Ibuku...


Mari2 salam dgn kitorg, dpt bunga telur tau...


Pelamin Anganku...

Jangan malu2 yea...


Sempat lagi tu...

Mesti diorg jeleskan xdpt mkn sedap2 cm kite...


Kerahan membungkus..

Suka la tu...


Rapat lagi!


Hantaran yg telah siap..


Raja Sehari

AKAD NIKAH-25122009

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam