Monday, October 25, 2010

TEMPAHAN KUIH SEPIT/KAPIT UNTUK HARI RAYA HAJI

MENERIMA TEMPAHAN BERMULA 25/10/2010 SEHINGGA 2/11/2010.

50 KEPING = RM11/50 KEPING (tiada advance)

100 KEPING = RM21/100 KEPING (advance RM10)

200 KEPING = RM 41/200 KEPING (advance RM20)

1) Semua tempahan hanya boleh dipungut bermula tarikh 8/11/2010.
2) Tarikh akhir pembatalan tempahan pada 2/11/2010 - wang pendahuluan dipulangkan.
3) Pembatalan tempahan selepas tarikh 2/11/2010 – wang pendahuluan tidak dipulangkan.

Sila hubungi saya jika berminat - 013-3589343 (Ana)

Thursday, October 07, 2010

PUDING LAPIS MUNCHY'S

Puding ini adalah yang terbaru aku cuba. Mula2 aku merasa puding ni dirumah Pakcik (duk di ground floor) flat aku tinggal. Masa tu kami djemput utk hadir ke kenduri doa selamat. Kesian Pakcik tu kene langgar dan kakinya disimen. Sekarang kaki dia dah semakin sembuh dan boleh berjalan. Semasa menjamu makan dirumah Pakcik, anaknya menghidangkan aku sepinggan puding ni. Masa tu cuma aku seorg saja tetamu perempuan. Sebab kami datang awal.hehe. Selepas makan nasi dengan aneka lauk pauk, aku pun mencuba la puding ni. Lepas satu, satu aku makan. Sampaikan aku malu la plak..hehe. Tapi aku teruskan juga makan dan makan. Mungkin anak Pakcik tu perasan yang aku malu2 kucing nak makan puding tu..Last2 dia bleh ckp kat aku " Makan je Kak, xyah malu2"..lagi malu la aku. Jadi utk men'cover' malu tu, aku pon puji la puding tu dan tanya siapa yang buat. Rupa2 anak Pakcik tu yang buat. Apalagi terus aku minta resepi.hehe. Sib baik la anak dia simpan resepi tu dalam handset. Lagi senang la x perlu nak tulis2 lagi. Peristiwa ini berlaku sebelum bulan puasa lagi. Semasa bulan puasa yang lepas aku telah mencubanya 2x dan menjadi dan sedap pada tekak aku..hehe.

Monday, September 20, 2010

HARI RAYA MI UDANG

Hari Raya tahun 2010 ini aku sambut serba sederhana sahaja almaklum la kami masih lagi berdua. Sehingga ke saat ini kami belum diizinkan tuhan untuk bertiga seperti pasangan lain yang telah mendirikan rumahtangga. Sehari sebelum 1 Syawal aku & abg pulang ke kampungnya Kuala Nerang Kedah sehinggalah malam Raya ke 2 kami bergerak pulang ke Perak. Pertama kali berhari raya di Kedah aku ada la jugak rasa sedikit pilu sebab mulai tahun ini aku tidak dapat merayakan 1 Syawal dengan family di Perak. Tapi aku xnak la sentimental sgt jdi aku cuba lakukan sebaik mungkin supaya kesedihan itu tidak terlalu dirasai...sampaikan aku menahan diri dari menelefon mak dan abah sebab aku takut nanti Kuala Nerang banjir..hehehe. Cuma sms yang kuhantar sbg pengganti suara aku yang lemak merdu ini..hahaha.

Sambutan raya di kampung abg juga sederhana sahaja. Cuma kanak2 disini memang datang berhari raya semata-mata mahukan duit raya. Mereka dengan selamba meminta duit raya dan tanpa mahu menjamah hidangan. Budak2 sekarang sudah tiada sedikit pun perasaan malu atau segan agaknya. Adakah ini hasil didikan ibu bapa dizaman sekarang? Tepuk dada tanya la diri masing2. Disini tiada istilah berkumpul ahli keluarga untuk bermaaf-maafan dan bergambar kenangan. Jadi aku dan abg mengambil sedikit peluang yang ada bermaafan dengan mak dan pak. Begitu juga dengan keluarga kakak dan abang Mizi. Selepas itu kami berhari raya berdua menaiki motor. Rumah yang kami tujui adalah rumah mak-mak menakan abgku. Kenyang perut memang tak terkata. Masakan tidak tiap-tiap rumah menyediakan juadah yang sedap2.

Hari raya ke-2 tetamu dtg bertandang..Jadi kerja aku melayan tetamu sahaja. Malam tu kami pulang ke Perak. Pagi raya ke 3 aku dan abg bawa mak dan abah beraya ke bidor rumah besan mereka iaitu mak mertua kakak aku.. Kemudian terus ke rumah adik beradik sebelah abah di Gopeng. Kesian kat abah aku jadi usikan kami semua sebab dia mengalami sakit perut sepanjang perjalanan ke Gopeng. Raya ke-4 kami sekeluarga berhari raya pula ke rumah adik beradik emak ku di Batu Gajah, Ipoh dan Taiping. Raya ke -3 kami semua dijamu dengan macam2 juadah raya yang sedap2 jadi hari ini kami berangan la jugak nak makan yang sedap2. Tapi sampai ke Taiping hanya kuih raya je yang ada...Masing2 sudah kelaparan sebab masa tu dah jam dah melewati pukul 6.30pm. Kami semua sepakat untuk singgah ke Kuala Sepetang..Apalagi masing2 mengOder Mi Goreng Udang, Mi Sup Udang, Mi Udang Banjir dan aku Nasi Goreng Udang.. Fuhh kali ke 2 ke Kuala Sepetang benar2 puas hati..

Walaupun x sempat berehat tapi aku benar2 puas hati dapat berhari raya disamping keluarga tercinta! Keesokan pagi aku kembali semula ke Kuala Nerang menghabiskan cuti yang panjang disana mengikut kemahuan abg. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Bukit Gantang dan Sungai Petani berhari raya. Kat Sungai Petani 1st time aku dijamu spagheti di hari lebaran.hehe.sedap tau.. Kredit tu Kak Ala!

Bersama ini aku ingin berkongsi sedikit gambar yang sempat diambil semasa kami sekeluarga menjamu mi udang di Kuala Sepetang...












Friday, July 23, 2010

INCEPTION YG MENCEMASKAN

last saturday me n hubby watching inception at selayang capitol. first tu nak tgk eclipse. tapi xade la pulak. we both decided to watch this movie after reading the sinopsis from metro newspaper. Its like a mysterious film and Leonardo jadi hero la. 3.15pm kitorang masuk panggung. Masa beli tiket, aku pastikan kat belakang xade org. I really hates when someone sitting at my back then kicked my seat. I thought we make a right decision. Mana nak tau ada plak la seorg lelaki india yg duduk dibelakang ttp bukan belakang aku la yang mempunyai bau badan yg tersangat la kuat. Terpaksa la tahan hidung..gheeee!
Dalam menahan nafas, my eyes keep watching the skrin. Takut ketinggalan walau satu babak, sbb takut x faham jalan cerita. Memang berat skit jalan cerita filem ni. Tp ada jugak part yang aku x fhm wlupun mata aku tertumpu pd skrin. dah la masa masa tu dh hampir tamat. Geram jugak la. Kalo sesapa yg dh tengok, boleh tolong explain part 15mins sebelum tamat cite, Cobb masuk kedalam mimpi dia dengan Mal untuk selamatkan Robert Fischer. Masa tu Cobb bgtau Mal apa sebenarnya yang telah berlaku sampai Mal bunuh diri, yang menyebabkan Cobb menyesal selama ini.
Puas hati jugak la tengok cite tu.

Monday, July 05, 2010

BARBEKU YG BEST

INI ADALAH AYAM/UDANG/SOTONG YANG BAKAL DI BARBEKU

SAMA MCM ATAS TADI TAPI + AYAMAS (PEKET) SAUSAGE PERISA BLACK PEPPER

SEBELUM BARBEKU KENE LA BAKO ARANG DULU (ABAHKU)

ABANG YG BERPELUH SAKAN MEMBAKO ARANG

TUKANG MEMBAKO YANG TERSANGAT LA RAJIN HUSBAND&WIFE

AYAM YANG SUNGGUH MENYELERAKAN MATA MEMANDANG

UDANG ENAK YANG DIPERAP DENGAN GARLIC BUTTER(BUATAN SDRI)


SISA-SISA YANG TERTINGGAL OLEH PESERTA BARBEKU


PESERTA BARBEKU YANG DICURIGAI IDENTITINYA

Tuesday, June 15, 2010

JENJALAN KE KUALA SEPETANG

Aku lah org terakhir habis mkn tu pun masih berbaki

Pada bulan 5 yang telah lepas, aku bersama abang, abah n adikku iqah telah berkesempatan makan mi udang special di Kuala Sepetang. Perancangannye nak bawa sekali mak n adikku wati join sama, tetapi oleh kerana vivaku hanya mampu menampung 4org terpaksalah yang lain kene tinggal. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah muzium yang diberi nama MUZIUM MATANG. Muzium ni xde la besar mana dan ianya merupakan rumah merangkap kota asal Ngah Ibrahim yang telah dibaik pulih.



Sebelum baik pulih




Selepas baik pulih



Dalam banyak-banyak barang antik yang dipamerkan, aku tertarik dengan satu peralatan ukur yang diberi nama tiodolit. Almaklum la ianya berkait dengan bidang kerja aku sekarang. Selain itu ada beberapa peralatan antik lain yang sudah tidak digunakan lagi pada zaman moden ini.





Tiodolit





Mesin Padi



Mesin Tumbuk




Telefon





Kipas


Mesin Taip

Selepas menjelajah Muzium Matang kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Sepetang. Oleh kerana ini kali pertama kami sampai kesini, maka tentulah kami xtau kedai mi udang mana yang paling best kat situ. Dari awal perjalanan kami dapati ada signbord Mi Udang Mak Jah disepanjang jalan menuju ke Kuala Sepetang. Jadi kami pun ikut jelah signbord tu. Sampai di Kedai Mak Jah, meja makan telah dipenuhi dengan puluhan penunggang motor yang berkonvoi beramai-ramai. Nasib baik masih ada tempat yang kosong. Silalah menjamu selera dengan gambar dibawah.


Mi Udang Special (RM11.00)




Adikku mkn penuh selera (yg paling cepat abis)


Abahku x kurang hebat(cepat2 mkn takut kene byr, hehehe)



Abang mkn sampai tinggal kuah je

8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam