Puding ini adalah yang terbaru aku cuba. Mula2 aku merasa puding ni dirumah Pakcik (duk di ground floor) flat aku tinggal. Masa tu kami djemput utk hadir ke kenduri doa selamat. Kesian Pakcik tu kene langgar dan kakinya disimen. Sekarang kaki dia dah semakin sembuh dan boleh berjalan. Semasa menjamu makan dirumah Pakcik, anaknya menghidangkan aku sepinggan puding ni. Masa tu cuma aku seorg saja tetamu perempuan. Sebab kami datang awal.hehe. Selepas makan nasi dengan aneka lauk pauk, aku pun mencuba la puding ni. Lepas satu, satu aku makan. Sampaikan aku malu la plak..hehe. Tapi aku teruskan juga makan dan makan. Mungkin anak Pakcik tu perasan yang aku malu2 kucing nak makan puding tu..Last2 dia bleh ckp kat aku " Makan je Kak, xyah malu2"..lagi malu la aku. Jadi utk men'cover' malu tu, aku pon puji la puding tu dan tanya siapa yang buat. Rupa2 anak Pakcik tu yang buat. Apalagi terus aku minta resepi.hehe. Sib baik la anak dia simpan resepi tu dalam handset. Lagi senang la x perlu nak tulis2 lagi. Peristiwa ini berlaku sebelum bulan puasa lagi. Semasa bulan puasa yang lepas aku telah mencubanya 2x dan menjadi dan sedap pada tekak aku..hehe.
No comments:
Post a Comment