Monday, September 20, 2010

HARI RAYA MI UDANG

Hari Raya tahun 2010 ini aku sambut serba sederhana sahaja almaklum la kami masih lagi berdua. Sehingga ke saat ini kami belum diizinkan tuhan untuk bertiga seperti pasangan lain yang telah mendirikan rumahtangga. Sehari sebelum 1 Syawal aku & abg pulang ke kampungnya Kuala Nerang Kedah sehinggalah malam Raya ke 2 kami bergerak pulang ke Perak. Pertama kali berhari raya di Kedah aku ada la jugak rasa sedikit pilu sebab mulai tahun ini aku tidak dapat merayakan 1 Syawal dengan family di Perak. Tapi aku xnak la sentimental sgt jdi aku cuba lakukan sebaik mungkin supaya kesedihan itu tidak terlalu dirasai...sampaikan aku menahan diri dari menelefon mak dan abah sebab aku takut nanti Kuala Nerang banjir..hehehe. Cuma sms yang kuhantar sbg pengganti suara aku yang lemak merdu ini..hahaha.

Sambutan raya di kampung abg juga sederhana sahaja. Cuma kanak2 disini memang datang berhari raya semata-mata mahukan duit raya. Mereka dengan selamba meminta duit raya dan tanpa mahu menjamah hidangan. Budak2 sekarang sudah tiada sedikit pun perasaan malu atau segan agaknya. Adakah ini hasil didikan ibu bapa dizaman sekarang? Tepuk dada tanya la diri masing2. Disini tiada istilah berkumpul ahli keluarga untuk bermaaf-maafan dan bergambar kenangan. Jadi aku dan abg mengambil sedikit peluang yang ada bermaafan dengan mak dan pak. Begitu juga dengan keluarga kakak dan abang Mizi. Selepas itu kami berhari raya berdua menaiki motor. Rumah yang kami tujui adalah rumah mak-mak menakan abgku. Kenyang perut memang tak terkata. Masakan tidak tiap-tiap rumah menyediakan juadah yang sedap2.

Hari raya ke-2 tetamu dtg bertandang..Jadi kerja aku melayan tetamu sahaja. Malam tu kami pulang ke Perak. Pagi raya ke 3 aku dan abg bawa mak dan abah beraya ke bidor rumah besan mereka iaitu mak mertua kakak aku.. Kemudian terus ke rumah adik beradik sebelah abah di Gopeng. Kesian kat abah aku jadi usikan kami semua sebab dia mengalami sakit perut sepanjang perjalanan ke Gopeng. Raya ke-4 kami sekeluarga berhari raya pula ke rumah adik beradik emak ku di Batu Gajah, Ipoh dan Taiping. Raya ke -3 kami semua dijamu dengan macam2 juadah raya yang sedap2 jadi hari ini kami berangan la jugak nak makan yang sedap2. Tapi sampai ke Taiping hanya kuih raya je yang ada...Masing2 sudah kelaparan sebab masa tu dah jam dah melewati pukul 6.30pm. Kami semua sepakat untuk singgah ke Kuala Sepetang..Apalagi masing2 mengOder Mi Goreng Udang, Mi Sup Udang, Mi Udang Banjir dan aku Nasi Goreng Udang.. Fuhh kali ke 2 ke Kuala Sepetang benar2 puas hati..

Walaupun x sempat berehat tapi aku benar2 puas hati dapat berhari raya disamping keluarga tercinta! Keesokan pagi aku kembali semula ke Kuala Nerang menghabiskan cuti yang panjang disana mengikut kemahuan abg. Dalam perjalanan pulang kami singgah di Bukit Gantang dan Sungai Petani berhari raya. Kat Sungai Petani 1st time aku dijamu spagheti di hari lebaran.hehe.sedap tau.. Kredit tu Kak Ala!

Bersama ini aku ingin berkongsi sedikit gambar yang sempat diambil semasa kami sekeluarga menjamu mi udang di Kuala Sepetang...












8 VALUES OF 1MALAYSIA

1- culture of excellence / budaya kecemerlangan
2- perseverance / ketabahan
3- humility / rendah hati
4- acceptance / penerimaan
5- loyalty / kesetiaan
6- meritocracy / meritokrasi
7- education / pendidikan
8- integrity / integriti

6 NKRA-Bidang Keberhasilan Utama Nasional

1-Mengurangi kadar Jenayah Jalanan
2-Memerangi rasuah
3-Meningkatkan pencapaian pendidikan
4-Meningkatkan taraf hidup rakyat
5-Memperkasa prasarana luar bandar
6-Menambahbaik pengangkutan awam